23 November 2007

Reseller Oh Reseller....

Salam sejahtera.....

Salah 1 cara pendapatan internet ialah dengan menjadi 'reseller'. Apa maksud reseller ni sebenarnya? Apa yang saya faham reseller ni bermaksud menjual semula barang yang kita beli sebelumnya. Dan selalunya/sepatutnya barang tersebut diberi hak jualan semula kepada kita untuk menjualnya.

Ini antara pendapatan pertama saya dalam dunia internet ni. Download percuma 1 produk yang ada hak jualan semula dan saya jual semula. Masa tu saya guna free hosting dengan subdomain yang diberikan oleh pihak tersebut. Tapi tips saya masa tu pastikan syarikat hosting tersebut tidak gunakan perkataan 'free' pada domain hostingnya macam beberapa free hosting yang terkenal digunakan orang Malaysia sekarang.

Saya lebih suka cari free hosting yang tidak popular,tapi domain name nya agak seperti profesional sedikit. Jadi walaupun kita gunakan free subdomain tetapi seolah-olah nampak seperti kita pemilik domain name tersebut. Alhamdulillah saya berjaya buat jualan. Walaupun tidak banyak tapi masih berbaloi dengan hanya meluangkan masa membuat promosi di laman iklan percuma. Saya tidak keluarkan sebarang modal langsung dan dapat pulangan. Produk percuma, subdomain & hosting percuma serta iklan percuma. Tapi untuk betul2 berkecimpung dalam bidang ini cara ini tidak sesuai. Saya gunakan just untuk melihat potensi perniagaan internet sahaja. Cara yang sama saya guna untuk produk kedua dan still ada jualan. Cuma produk kedua ni saya beli dan syukur masih balik modal dan untung. Tapi biasalah, hosting percuma ada limitationnya. Dengan cara di atas mungkin nampak tidak profesional kerana saya hanya dapat menghantar produk jualan secara emel. Jadi mula cari hosting berbayar dan anda boleh dapatkan yang berpatutan di sempoihosting.com.

Kita kembali kepada tajuk reseller tadi. Saya rasa mesti kebanyakan anda semua sudah banyak mendengar tentang program reseller yang semakin bercambah sekarang. Saya tidak mahu bercakap mengenai status perniagaan/program reseller ini sebab anda boleh dapatkan dengan membaca di LiMA PEMBOHONgAN INTERNET TERBESAR .
Klik link dan download laporan percuma tersebut dan akan tahu apa yang perlu anda tahu jika anda 'Newbie' seperti saya. Apa yang saya nak tuliskan mengenai program reseller adalah bagaimana sistem program tersebut berjalan. Pada saya Sistem itu memang bagus tapi dengan beberapa syarat :-
1) Mesti dikongsi sesama reseller BUKAN top reseller.
2) Produk adalah hak milik kekal tuan yang empunya program. Bukan mendownload percuma dimana2 atau membeli di mana2 kemudian memberi kepada 'enroller' dengan bayaran tertentu.
3) Reseller bersetuju dengan kaedah berkongsi keuntungan kerana kadang-kala hanya seorang yang berusaha tapi orang lain dapat merasa lebih.(selalunya top reseller/seller terdahulu) (pendapat saya - yang ini memang selalu diterima reseller masa menyertai tetapi bila gagal dia tak boleh terima pulak)
4) Niat atau kaedah promosi adalah keatas produk tersebut bukan kepada pendaftaran dan keuntungan level dari pendaftaran. (yang ni memang terlalu sedikit yang ada niat begini. Mungkin tiada pun niat ni dalam hati reseller. yang ada cakap pasal kalau orang join bawah kita ,dapat untung. Produk pun xtau apa dia. Cakap saja reseller,tapi apa yang dijual pun xtau. Kadang kala,ada yang tak download pun buku sebab sibuk mempromosi pendaftaran. Mereka menjual pendaftaran bukan produk.)
5) niat pembuat program. Apa yang saya ketahui dari member2 yang suka join program2 begini, terdapat owner yang kononnya bertopengkan program reseller tapi kalau tengok pada produk2 yang ada semua boleh didownload percuma,bahkan out to date. Jumlah produk pun terlalu sedikit. Tidak diupdate. Website2 yang begini yang perlu dijauhi kata sumber tersebut. Tapi macam mana kita nak tahukan program mana ok program mana tak ok?
Kesimpulannya tinggalkan benda2 ni. Baik kita jadi reseller sendiri. Untung 100% masuk kocek kita.

Yang di atas tu just pendapat saya sahaja. Sebab sistem tu bagus cuma cara digunakan tak bagus. Pada saya sistem begitu kita boleh buat untuk membina list. Maknanya semua orang dapat membina list masing2 walaupun dia tak pandai membuat promosi. Bagaimana caranya tu? Saya akan buat menulis 1 tajuk khas untuk itu.

Rasanya dah panjang lebar untuk hari ini. Sesiapa yang ingin menjadi reseller boleh dapatkan produk terbaru SmartZul di http://www.usahaniaga2u.com
Anda akan diberi hak jualan semula untuk produk ini dan Zul memperkenalkan Sistem EMS kepada anda. Pertama di Malaysia. Dapatkan segera di http://www.usahaniaga2u.com

Jumpa lagi...

No comments: