20 November 2007

Idea & Hakcipta.....

Salam sejahtera.....

Hari ni terdetik hati ingin menulis kali ke 2. Saya baru baca posting sedara smartzul di blognya berkenaan isu hakcipta. Dan nampaknya sudah jadi isu panas di situ sebab ada komen2 yang agak pedas ditujukan pada yang empunya blog..

Apa yang dibincangkan oleh zul berkenaan adanya tulisan2 beliau yang diciplak atau di 'copy' & 'paste' oleh blogger lain. Disini isu2 hakcipta dibangkitkan dan kesan2 akibat gejala 'copy' & 'paste' ni.

Apa yang menarik perhatian saya di sini, berkenaan 1 komen yang telah menimbulkan suasana 'panas' berkenaan kecurian idea dan kecurian penulisan yang diertikan sebagai sama oleh pemberi komen tersebut. Saya tak perlu nak jelaskan mengenai aktiviti copy & paste penulisan orang lain, sebab ini memang dah terbukti kesalahannya.

Cuma yang ingin saya beri pendapat mengenai kecurian idea. Sebab pada saya ia berbalik kepada apa yang catat pada 'posting' sebelum ini. Jika idea itu sendiri sebagai 1 hakcipta agaknya 'newbie' macam saya ni memang tak boleh nak cari makan lagi la agaknya. Sedangkan dalam keadaan mempunyai idea yang sama(walaupun produk lain) pun saya mesti bersaing dengan senior2 yang dah lama bertapak, inikan pula jika idea seseorang dipanggil hakcipta dan dikatakan milik mereka sahaja lagi ler tiada peluang dalam perniagaan ini.

Pada saya idea itu sesuatu umum tapi cara penulisan atau produk yang menunjukkan tahap pemikiran,pendapat atau pandangan seseorang yang khusus tentang idea yang ingin disampaikan. Jika idea perniagaan internet ni satu hakcipta, rasanya Dr.Irfan itu sahaja la yang terus ke arah 'billionare' kat Malaysia tercinta ni.;)

Nak baca lebih lagi pasal ni boleh ke http://blog.smartusaha.com/blogger-malaysia/2007/11/awas-hakcipta-terpelihara/ banyak komen dan pandangan yang anda boleh kongsi pasal perkara hakcipta ni.

Jumpa lagi....

p/s-rasa nak bagi produk percuma lak post akan datang....tunggu....

No comments: