20 November 2007

Realiti Perniagaan Internet......

Salam Sejahtera.....

Hari ni, saya ingin bercakap mengenai realiti perniagaan internet. iaitu salah satu cabang dalam topik buat duit internet ni. Macam2 perniagaan yang boleh dibuat sebab konsepnya sama dengan perniagaan di dunia realiti. Tapi kelebihannya banyak. Modalnya lagi murah dari perniagaan realiti, masanya tiada batasan. Orang kata macam kedai 24 jam ler. Dari mana2 aje yang selesa dan 'of course' kena ada internet akses. Dan macam2 lagi...

Apa yang nak diniagakan?? Apa sahaja yang ada 'market',ada pembeli, ada permintaan boleh dijual. Walhal selipar jepun pun boleh kalau nak. ;) Boleh buat wujudkan 1 kedai online yang mana kita kumpulkan semua barang di situ macam 'shopping mall' . Selain tu yang paling popular sekali adalah jual produk info.

Manusia zaman kini memang dahagakan info. Yang berfikiran positif & memang mencari ilmu, membayar untuk ilmu tersebut adalah perkara biasa. Bagi yang negatif pula lain lah pandangannya.

Bila bercakap pasal info ni, sudah pasti tajuk perniagaan internet ni yang paling popular. Dengan minda warga sekarang sudah mula dapat menerima perniagaan seperti ini, pasaran akan menjadi lebih meluas. Bagaimanapun bila berbincang mengenai market perniagaan internet ni, brand atau nama sangat penting. Bagi newbie2 seperti saya ni pasaran memang sangat susah. Dengan usahawan2 senior ni sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri bahkan akan bertambah dari masa ke semasa. Jadi pada saya pasaran ini sudah berada dalam kawalan mereka. Bahkan semua newbie2 sudah berada dalam mailing list mereka.

Jadi kemana arah tuju newbie2 ni semua? Kepada siapa mereka ingin memasarkan produk mereka? Fikir2kan......

jumpa lagi....;)

No comments: